CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

ceritakuh

I LOVE YOU

I LOVE YOU
sampai bebile pon..org yg nama nya MAMA akan sentiasa ada di hati anak-anak nye..love u mama

Thursday 16 June 2011

Punca & Sebab Kaum Wanita ditinggalkan..

Selamat Hari Jumaat yg penuh dengan keberkatan :::::
mai sini..dok diam-diam,baca elok-elok...ok...

Kat bawah ni ad beberapa sebab kenapa wanita ditinggalkan...
sha dapat benda jadah nie sume pon dari LELAKI..
nak tau???

selamat membaca------>


BOY ----->


1. Wanita tu cuba untuk ubah perangai/cara hidup lelakiSetiap orang ada personaliti, perangai dan cara hidup mereka yang tersendiri. Personaliti atau perangai ini berbeza-beza mengikut latar belakang, asuhan mak bapa masa kecil, keadaan keluarga, genetik, persekitaran tempat membesar, proses pembelajaran dan pengalaman. Perangai atau personaliti seseorang adalah AMAT SUKAR sekali untuk diubah. Malah ia boleh dikatakan hampir mustahil untuk diubah. Kalau boleh ubah pun, mungkin ia memakan masa bertahun-tahun lamanya. Jadi, jangan sekali-kali mendesak teman lelaki atau kekasih anda untuk berubah. Walaupun mungkin dia mempunyai banyak kelemahan, cubalah terima kelemahan dan keburukannya tu. Jangan sekali-kali desak dan paksa dia buat perubahan. Bagi dia masa. Hormati dia. Jangan ungkit-ungkit dan perbesarkan kelemahan yang dia ada.

2. Wanita tu terlalu meminta-minta. Terlalu materialistik. High maintenance.Saya rasa yang ni saya tak payah nak ulas panjang. Sebab semua orang faham kot. Pendek kata, perempuan yang suka demand lebih-lebih, tak sedar diri, sangatlah memeningkan kepala lelaki. Sikap perempuan yang suka meminta-minta ni hanya akan membebankan fikiran lelaki yang memang sentiasa sibuk dengan pelbagai tugasan dan tanggungjawab lain. Jangan sekali-sekali anda kusutkan hati dan perasaannya dengan meminta-minta apa yang dia tak mampu. Jangan sekali-kali anda mempertikaikan kredibilitinya kalau dia tak mampu untuk tunaikan hajat dan keinginan anda.


 3. Wanita tu suka eksyen, ego dan besar diri.Walaupun mungkin anda lebih berpendidikan dan mempunyai kerja yang lebih bagus dari teman lelaki anda, jangan sekali-kali eksyen, sombong, ego dan besar diri. Ini pantang besar bagi lelaki. Lelaki sangat tak boleh terima jika ada wanita yang cuba untuk berlagak hebat dan tunjuk ego lebih daripada dirinya. Memang itu fitrah lelaki. Ego dia mesti lebih tinggi dari ego perempuan. Kalau ada wanita yang cuba tunjuk eksyen, maka tak lama memang kena tinggal la perempuan tu. Tak caya? Cubalah…huhu

So mcm mne??betol ke sume nie???
mngkin betul bg sesetengah pihak..tp mngkin jga ad yang x sependapat...hurmmm..
sha setuju dan x menolak andai..ad betul nye kenapa wanita ditinggalkan..
tp kita xboleh terima pendapat lelaki jer..kena terjah jgk pendapat perempuan...


GURL ----->


1. Wanita tu cuba untuk ubah perangai/cara hidup lelaki?pernahkah lelaki terpikir kenapa wanita inginkan atau dambakan satu perubahan ke atas dirinya? bukan mendesak,tapi membantu..tapi inilah dikatakan lelaki yang tidak pernah lari dari sifat egois, mereka tidak akan mudah berubah mahupun terpengaruh kerana egois ditambah kesifatan kelelakian yg teguh dalam dirinya.Apatah lagi dikalangan segender dengan mereka,takut jatuh saham bila wanita ingin cuba membantu mereka. tapi hakikatnya wahai lelaki,sedarkah lelaki kini kebanyakan tidak boleh hidup tanpa wanita..mereka mudah berubah hati dan sayang bila menemui sesuatu yang baru..TETAPI berbeza dengan hati wanita,sekali mereka sayang kepada lelaki mereka..mereka akan 'protect' dan sanggup melakukan apa saja untuk "membantu" (bukan mendesak) lelaki..walupun sekalipun mereka ditinggalkan,mereka amat pemaaf dan sukar utk melupakan dan mengambil masa lama tuk melupakan dan mencari pengganti berbeza dengan lelaki.

2. Wanita tu terlalu meminta-minta. Terlalu materialistik. High maintenance.wahai lelaki..adakah anda menyedari kenapa perempuan sanggup bergaya dan bersifat sedemikian? jawapannya kerana lelaki. tiada pernawaran kalau tiada permintaan.tiada permintaan kalau tiada penawaran.semua ini bertimbal balas. tidak dinafikan, semua orang suka akan "cantik",tetapi cantik tersebut berbeza pendefinisian kepada setiap insan kerana sifat cantik adalah berbentuk abstrak.wanita mahu cantik sebab lelaki juga mahukannya bukan?jangan nanti lelaki memberi alasan wanita itu patut ditinggalkan sebab dia tak cantik lagi..dah gemuk la..da besar la..da berkedut la..hmmm..ni la masalah lelaki untuk maintanance wanita susah sangat mengeluarkan belanja berbeza pula jika maintanance kereta atau motor. apakah itu...

3.Wanita tu suka eksyen, ego dan besar diri.bukan semua wanita. jika ada pun eksyen sebab fesyen kot;) bese larh..spe yg xnk diri sndiri kelihatan cantik..korg jgak yg untung kan <3
lelaki dan wanita? saling memerlukan..memang banyak perbezaan tetapi untuk mencapai keserasian dan pengekalan, carilah titik persamaan..wanita tidak patut ditinggalkan dan lelaki tidak patut meninggalkan..tetapi jika itu suda ketetapan..jangan tangisi atau ungkit kelemahan..terima dan yakin itu semua ada SEBAB..sebab yang akhirinya menemui jawapan..~MENCARI YANG HAKIKI~ lol! Shocked


**kenapa sha terbit kan isu pasal ni....xde sebab..saje2 jer nk kongsi ngn korg sume..
btw..thanx a lot to MR A..sbab dy,da ajar bnyk benda..sama ada sengaja atau pon x sngaja...

ASHASEPET

AYAT YANG KORANG SUKA

No comments:

Post a Comment